Polisi sumbangan
Sumbangan yang telah berjaya diproses dianggap sebagai sumbangan muktamad dan tidak dipulangkan secara automatik.
Kes yang boleh dipertimbangkan
MEAM boleh menyemak permintaan refund untuk transaksi berganda, transaksi yang tidak dibenarkan, atau ralat teknikal yang menyebabkan caj tidak sepatutnya. Setiap permintaan dinilai berdasarkan rekod transaksi dan bukti yang diberikan.
Cara membuat permintaan
Sertakan nama, e-mel, nombor rujukan transaksi, tarikh dan sebab permintaan. Hubungi kami di aspirasi@meam.my atau 0105556364. Jangan hantar maklumat kad penuh atau kata laluan.
Permintaan tidak menjamin refund. Sebarang pemulangan yang diluluskan akan diproses melalui saluran pembayaran yang berkaitan selepas semakan selesai.
